Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Taklimat pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan), 2025​ diteruskan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Ogos. – Kementerian Pembangunan meneruskan lagi siri taklimat pemberigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 pada dua sesi berbeza kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dilantik pada 14 Ogos 2025 dan Mahkamah-Mahkamah Sivil dan Syariah pada 16 Ogos 2025 yang lepas.

Taklimat pemberigaan yang diadakan ini merupakan usaha beterusan Kementerian bagi memberikan penjelasan dan ketelusan mengenai pemahaman mengenai pemilikan dan pegangan tanah orang bukan rakyat Brunei dan golongan stateless.

1_Taklimat pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan), 2025.jpeg

SESI bergambar ramai semasa taklimat bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dilantik semasa Taklimat Pemberigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 pada 14 Ogos 2025.

Taklimat pemberigaan tersebut disampaikan oleh Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Dayang Nuruljannah binti Haji Alim, Pemangku Ketua Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan dan Dayang Amal Hayati binti Haji Junaidi, Pegawai Tanah Kanan daripada Jabatan Tanah.

Satu sesi soal jawab juga diadakan untuk memberi peluang kepada jemputan yang hadir untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang telahpun dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2025.

2_Taklimat pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan), 2025.JPG

TURUT hadir semasa taklimat bersama Mahkamah-Mahkamah Sivil dan Syariah pada 16 Ogos 2025 adalah Yang Amat Arif/ Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Awang Haji Besar, Ketua Hakim Syar'ie; Yang Arif Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar; Yang Arif Muhammed Faisal Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar; Yang Arif Awang Haji Muhammad Bahrin Bin Haji Alias, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Attachments